Tips Cinta- Cara untuk membentuk dan membina kepercayaan dalam sesuatu hubungan



Kepercayaan amat penting untuk sesuatu hubungan, untuk ianya berjaya. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan dari pasagan kita dan bukan dalam sekelip mata sahaja kita dapat membina kepercayaanLepak.my nak berkongsi sedikit tips untuk anda membina kepercayaan dalam hubungan anda. :)

Jadilah seorang yang mudah untuk di baca oleh pasangan anda.
Jangan suka melakukan sesuatu secara spontan. Jika terpaksa, beritahu awal – awal pada pasangan anda. Spontan bermaksud anda terlalu cepat mengubah pendirian anda. Semalam anda beritahu pasangan anda bahawa anda ingin membeli komputer, hari ini bila anda bertemu, anda tukar fikiran dan telah membeli laptop.
Lama – kelamaan, pasangan anda tidak percaya pada anda. Ini kerana, sifat anda yang selalu menukar pendirian membuatkan pasangan anda sentiasa ragu – ragu pada anda.

Beritahu pada pasangan anda bahawa anda inginkan perubahan.
Hidup ini satu evolusi. Jadi, perasaan anda sentiasa berubah – ubah mengikut keadaan. Anda perlu peka dengan kehendak diri anda. Contohnya anda mempunyai hubungan dengan seorang model. Dahulu anda dapat terima apabila dia bergambar dengan lelaki lain untuk suka – suka. Sekarang, akibat terlalu sayangkan dia, anda mula rasa cemburu. Anda perlu beritahu dengan jujur perasaan anda sekarang pada pasangan anda.
Jika ia kehendak kerja, anda cakap padanya, anda boleh terima tetapi jika untuk suka – suka anda beritahu terus terang bahawa anda tidak suka.

Pastikan apa yang anda cakap adalah apa yang anda dengar.
Fakta di sini adalah jangan sesekali mereka – reka cerita. Anda perlu sentiasa peka dengan apa yang anda dengar, dan hanya berkata berkata – kata berdasarkan fakta. Jangan juga menjadi seorang yang suka temberang. Pastikan ia berlaku, sebelum anda bercerita pada orang lain.

Percaya pada pasangan anda.
Jika anda mahu pasangan anda mempercayai anda, anda perlu percaya padanya dahulu. Namun, hendak percaya pun biarlah berasas. Anda perlu kenal hati budi pasangan anda dahulu sebelum anda mula percaya bulat – bulat pada pasangan anda. Namun, jika ada perkara yang mencurigakan, gunakan hak anda sebagai pasangan untuk mengetahui perkara sebenar.

Jangan simpan rahsia dengan pasangan anda.
Lepaskan segala rahsia pada pengetahuan pasangan anda. Jika anda serius padanya, anda perlu mempercayai pasangan anda untuk memegang rahsia anda.  Bagaimana pasangan anda nak percayakan anda jika anda banyak berahsia?